Christina Perri
Christina Perri

Christina Perri

Christina Judith Perri (lahir 19 Ogos 1986)[1] ialah penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Selepas lagunya, "Jar of Hearts" muncul dalam rancangan televisyen So You Think You Can Dance pada 2010, Perri menandatangani kontrak dengan Atlantic Records dan menerbitkan EP pertamanya, The Ocean Way Sessions. Album sulungnya, Lovestrong (2011), menyusul kemudian dan telah menerima pensijilan platinum daripada Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).[2]Perri juga mendapat perhatian kerana menulis dan menerbitkan "A Thousand Years", muzik tema filem The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2 (2012), yang muncul dalam runut bunyinya. Lagu itu telah terjual sebanyak 4 juta unit di Amerika Syarikat, menerima pensijilan 4× platinum. Beliau kemudian pelancarkan EP keduanya, A Very Merry Perri Christmas (2012), diikuti oleh album studio pertamanya, Head or Heart (2014).